Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Hidangan Sup Mi Suah Untuk Menu Malam

Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.

BAHAN-BAHAN:

  • *5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • *8 biji bawang putih (ditumbuk)
  • *Sedikit halia muda (ditumbuk)
  • Sos tiram
  • Minyak Bijan
  • Garam
  • Lada sulah
  • Ayam (terpulang suka bahagian mana)
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Sawi
  • 2 biji telur
  • Lobak merah

CARA MEMASAK:

  • Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
  • Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
  • Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
  • Selepas itu masuk 3 cawan besar air. Lebih sedikit supaya ayam empuk dan mi suah itu nanti akan kembang dan menyerap air. Masuk garam secukup rasa.
  • Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
  • Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
  • Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Aisha Shukor

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.