Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Gunung Nemrut Turki: adakah sama dengan kisah Raja Nemrut dalam Al Quran?

Mount Nemrut adalah satu kawasan pergunungan dengan ketinggian 2,134 meter (7000 kaki) yang terdapat berbagai statue dari zaman peninggalan era abad pertama BCE.

Ianya terletak di Kahta, berdekatan Adıyaman Turki dan adalah Unesco World Heritage site.

Gunung Nemrut dari jauh.

Arkaelogis mengatakan ianya sebuah tomb (kuburan) raja dibawah timbunan batu batu kecil.

Batu batu kecil ini dibawa 2000 meter dari bawah sebagai timbunan keatas kuburan.

Kemungkinan ianya dilakukan untuk mengelak tomb raiders (pencuri harta karun kuburan) kerana mereka akan tertimbus dalam timbunan batu jika dikorek (memang bijak idea mereka pada zaman itu).

Adakah nama tempat ini atau tomb Raja Nemrut yang diceritakan dalam Al quran?

Nemrut (Nimrod atau Namrod) adalah raja zalim semasa zaman nabi Ibrahim as. Nabi ibrahim as hidup pada era sekitar 1800 BCE (3800 tahun dahulu) semasa tamadun Babylon di Mesopotamia.

Ini bermakna Nabi Ibrahim berkemungkinan dari Bani Sumer sama dengan bangsa Nabi Noh yang bermastautin dikawasan subur antara sungai Euphrates dan Tigris.

Dari segi timeline kerasulan ialah Nabi Adam, Idris, Noh, Hud, Salleh dan Ibrahim.

Jangkauan masa antara banjir besar semasa era Nabi Noh dan Nabi Ibrahim adalah antara 2000 hingga 3000 tahun.

Selepas banjir besar masih banyak kerosakan dilakukan diatas bumi oleh raja raja yang zalim terutama dalam era Assyrian dan Babylon di Mesopotamia.

Arkaelogis mendapati statue di Mount Nemrut ini adalah dari era abad pertama BCE.

Ini bermakna ianya bukan Nemrut yang diceritakan dalam Al Quran.

Wallahu a’lam.

Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sila LIKE dan FOLLOW
Page Kutuberahak.
https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom
***************
Buku #kutuberahak HARD COVER Limited Edition Collectors item.
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)
====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================
BUKU HARD COVER.
Semenanjung
Kos + postage
(RM50+RM6.50) = RM56.50
Sabah/Sarawak
Kos + postage
(RM50+RM13) = RM63.00
1. Secara online dengan courier Ninja Van:
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Muhd. Ihsan Mazlie)
2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.