Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

From zero to hero – hutang kad kredit

“Boss, pinjam Rm10 nak buat makan” tanya staff saya sebelum waktu lunch.

Entah berapa kali Rm10 dia minta pinjam dalam sebulan saya dah tak larat nak kira. Akhir bulan selepas dapat gaji, beliau akan pulangkan semula jumlah yang dia berhutang dalam sebulan itu.

Staff saya ini bukan setakat meminjam duit dari saya tetapi dia pukul keliling dengan staff lain.

Gaji beliau Rm7500 dan pada saya ianya cukup besar untuk seorang anak muda dengan famili kecil. Masalahnya ialah kerak nasi beliau yang sangat besar.

Pada satu hari saya memanggil beliau kedalam bilik dan bertanya,

“Saya nak bantu awak dalam pengurusan kewangan tetapi awak mesti declare semua masalah awak kepada saya”.

“Tolong saya boss, kerana saya terlalu stress dengan hutang piutang sehingga BP saya mencanak naik sekarang. Tolong saya boss” jawab beliau.

Selama sejam beliau meluahkan semua masalah kewangan dan saya hanya mendengar ‘lending a sympathetic ear’.

Saya merumuskan bahawa masalah beliau adalah:

  1. Mempunyai 4 kad kredit dengan setiap satu mempunyai hutang Rm50,000.
  2. Beliau ikut stail kewangan ‘gali sini kambus sana, kambus sini gali sana’ menggunakan hutang kad kredit, sentiasa hidup dalam stress dengan bank menalipon beliau setiap masa.
  3. Meminjam hutang peribadi Rm100,000 dari bank untuk renovasi dapur rumah.
  4. Mempunyai dua buah kereta.
  5. Makan besar direstoren setiap weekend bersama ahli keluarga.
  6. Isteri tidak bekerja walaupun seorang professional untuk menjaga anak kecil.
  7. Membayarkan hutang bank kerana pelaburan get-quick-rich-scheme yang ranap.

Saya meneliti penyata kewangan beliau dan mendapati Rm10,000 diperlukan setiap bulan untuk break even.

“Boleh tak awak gunting semua empat kad kredit tersebut sekarang ini?” tanya saya.

“Saya akan bantu awak uruskan masalah kewangan hingga selesai, tapi awak kena ikut cakap saya to a T” tambah saya lagi.

“Baik Boss” dengan berat hati dia mengeluarkan dompet dan mengunting semua kad kredit jahanam tersebut. Saya memang sudah siapkan gunting diatas meja. By hook or by crook, kad kredit mesti digunting dahulu sebelum apa apa khidmat nasihat diberikan.

Saya beritahu beliau langkah pertama adalah melangsaikan hutang dan tidak membuat hutang baru. Saya sarankan beliau pergi berjumpa AKPK Bank Negara (Agensi Kaunseling Kredit dan Pengurusan hutang) dan dapatkan surat agar bank rationalise bayaran bulanan dan mematikan interest.

Kedua, saya minta beliau menjual kereta spare kerana ianya menelan belanja Rm1000 sebulan dari segi bayaran ansuran, minyak dan maintenance.

Ketiga, saya nasihatkan beliau berdisiplin mengurus perbelanjaan dapur dan tidak boros dengan kekerapan makan besar diluar, sehingga masalah selesai.

Keempat, mencari pekerjaan isteri untuk membantu kewangan dan hantar anak ke kindergarten. Akhirnya isteri beliau mendapat pekerjaan bergaji Rm10k sebulan.

Kelima, semua bonus tahunan dibayar kepada bank secara lump sum untuk mempercepatkan langsai hutang dan jangan usik satu sen pun bonus tersebut. Ini adalah agar mendidik hati bahawa disiplin kewangan adalah sangat penting.

Selama 3 tahun saya memberi panduan untuk dia menyelesaikan semua masalah kewangan dan pada akhir tahun ketiga beliau dapat melangsaikan semua hutang piutang bank.

Selepas itu saya menasihatkan beliau membina semula net worth diri dengan membeli rumah flat di Puncak Alam, menjualnya kemudian dengan keuntungan dan membeli dua unit ditempat lain pula. Saya nasihatkan beliau agar membina credit worthiness dengan bank jika ingin berjaya dalam property investment.

Sekarang ini beliau sudah ada 4 biji rumah, dengan net worth positif melebihi hutang piutang. Dalam masa empat tahun beliau telah dapat melepaskan diri dari cengkaman hutang kepada ‘a free man’.

Moral of the story, apa yang perlu ialah self discipline, focus and refocus, jimat cermat, dan controlling cash flow, among others. Lagi baik kalau dapat khidmat nasihat dari seorang mentor atau sifu yang boleh memantau kewangan anda.

Jika anda tidak boleh control diri dalam berbelanja, step pertama sekarang adalah menggunting semua kad kredit anda. Kad kredit adalah Ah Long zaman moden dan penyebab utama ramai dimufliskan.

Anda mampu hidup tanpa kad kredit.

Wallahuallam

Catitan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.