Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Frogner Park Oslo Norway 1978 dan 2017: Transmigrasi

Pada trip 2017 saya berkesempatan berada di Oslo dalam rangka kembaraan carian Aurora Borealis di utara Norway dan Sweden.

Walaupun ini trip ketiga ke Oslo, hanya kali ini saya berpeluang melawat semula Frogner Park yang terkenal dengan sculpture oleh artis Gustav Vigeland yang dibina antara 1924 hingga 1943.

Kami berada di Frogner Park pada pagi Ahad dan perjalanan dari rumah Air BnB hanya mengambil masa 15 minit sahaja menggunakan google map. Parking kereta juga mudah dengan pembayaran menggunakan kad kredit. Kelihatan setiap parking bay mempunyai point caj bateri kereta elektrik Tesla secara percuma.

Tentunya lawatan kali ini mengimbau kembali kembaran saya pada tahun 1978 semasa trip backpacking ke seluruh eropah. Saya cuba mengambil gambar di spot dan aksi yang sama seperti gambar epik 1978.

gambar 1978 di Frogner Park

Terima kasih kepada sahabat saya Zainal Abidin Saidun yang sanggup menjadi direktor fotografi melayan karenah saya untuk mengaksi seperti gambar dahulu.

Kalau di zoom pada gambar 1978 kelihatan satu keluarga Pakistan yang sama berada di monument Monolith di Frogner Park, Oslo ini.

Pada tahun 50’an bermulanya ‘mass migration’ rakyat Pakistan ke United Kingdom dan ke beberapa negara di Eropah.

Pada tahun 70’an pula bermulanya migration rakyat Pakistan ke Norway sebagai pekerja tetapi mereka telah diberikan kerakyatan Norway beberapa tahun kemudian.

Rakyat Pakistan juga merantau ke negara negara di Afrika dan negara di Caribbeans.

tempat sama 2017 Frogner Park Oslo.

Mereka merantau untuk mencari kehidupan yang lebih baik kerana kehidupan di Pakistan sangat susah pada masa itu. Secara tak langsung, migration penduduk Pakistan ini telah menyebarkan agama Islam ke benua benua baru.

Semasa saya meronda di Liverpool tahun 70’an dahulu, telah ada Kelab Melayu di Jermyn Street. Kira kira 500 orang melayu bermastautin di Liverpool setelah tamat Perang Dunia Kedua. Ramai dari mereka adalah kelasi kapal-kapal dagang Inggris.

Kerap saya terserempak dengan melayu di bandar Liverpool dan perkataan pertama yg keluar dari mulut mereka adalah ‘Bunga Raya, Bunga Anggerik!!?’

Itu nama kapal MISC yang selalu berlabuh di Liverpool Port dan mereka menyangka saya seorang kelasi dari Malaysia.

satu daripada statue ukiran di Frogner Park

Saya pernah menemu bual beberapa Pakcik melayu di kelab Melayu Liverpool. Mereka masih ingat kampung halaman di tanah air tetapi tidak berniat pulang ke Malaysia kerana telah berkeluarga dengan perempuan Inggeris serta mempunyai famili.

Rata rata saya perhatikan mereka telah mengamalkan kehidupan dan budaya orang barat. Di Liverpool memang ramai ex-kelasi Malaysia yang bermastautin dan menjadi warga negara Britain. Kebanyakan mereka telah meninggal dunia dan waris mereka bersama wanita inggeris ramai berada disana.

Semasa di Universiti seorang senior saya di Fakulti Engineering pun mempunyai bapa rakyat Malaysia tetapi beliau 100 peratus seperti orang british.

Tak mustahil satu hari nanti rakyat Malaysia akan merantau ke negara lain secara beramai untuk mencari rezeki seperti apa yang sudah berlaku sekarang dimana mereka bekerja buruh di Australia, Korea dan Jepun.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.