Fisherman’s Bastion adalah salah satu monumen terkenal di Budapest terletak berdekatan Buda Castle. Ramai kesini kerana dapat menyaksikan panorama bandar Budapest dari teres bersebelahan sungai Danube. Ianya adalah Unesco World Heritage Sites semenjak tahum 1987.
Semua tarikan Budapest adalah berdekatan dengan city centre dan anda boleh berjalan kaki untuk melawat semua tempat tersebut. Dari Chain Bridge ianya hanya 30 minit berjalan kaki ke Fisherman’s Bastion dan kemudian ke Buda Castle. Budapest memang bandar yang cantik setanding Paris dan anda perlu berada disini beberapa hari untuk melawat semua monumen berdekatan Sungai Danube.