Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Fikir Dua Kali sebelum Migrate ke Negara Lain

Semasa berkembara memang seronok berjumpa dengan ‘fellow malaysian’ yang telah bermastautin dinegara angkat mereka.

Kebiasaannya saya ditegur dahulu kerana mereka mengenali muka melayu totok dan mengajak saya untuk bersembang ‘over a cup of coffee’.

Pada mulanya mereka akan menceritakan kisah yang gah dan menunjuk aksi bangga bagaimana bagusnya mereka dapat hidup diluar Malaysia tetapi lama kelamaan setelah ‘cozy’ dengan saya, mereka mula ‘open up’.

Mulalah mereka menceritakan kerinduan untuk balik ketempat kelahiran mereka dan diperhatikan ada daripada mereka yang menitis air mata dihadapan saya.

Ada beberapa pemberita yang pm saya meminta alamat ex-Malaysian yang telah ‘burn their bridges’ dengan negara kelahiran untuk menemu bual mereka.

Sebenarnya apa yang saya catatkan adalah mereka yang saya ‘cross path’ semasa berkembara mulai tahun 1976, diantara ribuan orang yang saya berjumpa semasa travel.

Jarang kami bertukar alamat terutama tahun 70’an dan 80’an dimana dunia internet masih belum ujud apatah lagi FB dan alat media sosial lain. Ada juga saya menulis alamat mereka didalam kertas tetapi selalunya cebisan kertas tersebut hilang akhirnya.

Ada yang marah dan menuduh saya sengaja mengadakan cerita yang tidak benar. Terpulanglah kepada mereka samada ingin mempercayai atau tidak kerana saya hanya menceritakan pengalaman saya lalui selama 40 tahun berkembara.

Tentu ada mereka yang tidak ingin kembali ke Malaysia setelah mendapat kehidupan yang lebih baik dinegara barat. Ya, mungkin ada, tetapi saya belum bertembung dengan mereka lagi.

Kebanyakan yang menyesal adalah berumor 50’an dimana mereka sudah mulai merasai kesunyian jauh dari keluarga setelah bersara.

Mendiang Chin Peng seorang komunis yang puluhan tahun tinggal diluar negara, diakhir hayatnya berjuang untuk kembali ke Malaysia, inikan pula ‘economic migrant’.

Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex-Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:

Seorang pakchik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.

Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana sudah berumor. Masalahnya dia sudah ‘giveup’ Malaysian citizenship dan sudah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor.

Seorang auntie umor 50’an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.

Auntie ini sudah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana ‘cost of living’ yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terasa terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland.

Seorang uncle yang saya jumpa didalam bas di Venice Beach Los Angeles USA. Dalam bas, beliau meneriak saya dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya.

Uncle ini sudah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.

Seorang auntie yang saya jumpa di London.

Kakak ini sudah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris, dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.

Seorang pakchik di Liverpool, UK.

Pakchik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya seorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampong halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anaknya.

Seorang pakchik yang saya kunjung kerumah beliau di Melbourne, Australia.

Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplen kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan ‘rascism’. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau mahu pulang ke Malaysia satu hari nanti.

Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia.

Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara otomatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak. Yang pelik nya, anak-anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di SA bukan mudah kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.

Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark. Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens.

Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k, dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi seorang muslimah yang baik semasa di Denmark.

Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.

Guru ini berumor 50’an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya ‘I am living from month to month’ dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.

Seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Tokyo Jepun.

Beliau mengembara di Jepun, tertarik dengan kehidupan orang Jepun dan akhirnya bermastautin disana. Pada awalnya kehidupan agak selesa semasa zaman bujang tetapi apabila telah berkeluarga, kos kehidupan yang tinggi dan apatmen yang kecil menyebabkan beliau selalu stres. Setelah 10 tahun berada di Jepun beliau bercadang pulang ke Ipoh tetapi khuatir dengan isteri berbangsa Jepun yang mungkin tidak dapat menyesuaikan diri di Malaysia.

Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa berkembara diluar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja. Betullah seperti peribahasa melayu:

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

Saya suka ‘quote’ frasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplen pasal Malaysia:

“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”

Kepada mereka yang bercita-cita mahu migrate dan mencari kehidupan baru diluar negara, ‘make sure don’t give up your citizenship ‘coz one day you might regret it your whole life’.

Catatan:
Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.