Pada tahun 60’an dan 70’an Fiat 500/850 sangat laris jualan di Malaysia kerana harga yang murah. Lama kelamaan ianya hilang dipasaran kerana susah mendapat spare parts. Saya masih ingat pada tahun 80’an beberapa unit masih kelihatan dijalan raya.
Pada 2009 Fiat 500 dikeluarkan semula dengan body styling yang baru dan banyak kelihatan di Eropah kerana mempunyai milleage yang bagus.
Semasa di Crete saya menyewa Fiat 500 selama beberapa hari dan memang seronok memandunya. Selain dari penjimatan petrol ianya senang untuk parking dan boleh melalui jalan sempit terutamanya dipekan pekan terpencil. Sewaan nya pun murah ~ Rm100 sehari.
Di Malaysia saya pernah melihat model ini tetapi tidaklah banyak. Mungkin mereka yang membelinya nostalgia dengan Fiat 500/850 zaman 70’an dahulu.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar