Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Fakta Menarik Mengenai Kilat (lightning)

Saya sangat berminat dalam kajian lightning dan ‘over the years’ semasa melaksanakan projek bangunan mendapati beberapa ciri mengenai kilat dan petir ini:

  • lightning ada laluannya seperti superhiway dan ianya kerap berlaku ditempat laluan tersebut (sangat tidak bernasib baik jika anda terbeli rumah dikawasan laluan kilat petir ini).
  • memang betul 90% lightning strikes adalah kepada bucu bangunan. Rumah yang kurang bucu seperti bentuk spherical adalah lebih selamat.
  • Lightning never struck same place twice is a myth. Saya pernah saksikan lightning menghentam tempat yang sama beberapa kali.
  • kapasiti menghindar lightning berkurangan jika ada pergerakkan air bawah tanah dirumah anda. Ini bermakna anda perlu membuat ujian impedance untuk menguji tahap grounding lightning arrestor dirumah anda setiap beberapa tahun untuk perlindungan maxima.
  • tempat paling selamat ketika lightning adalah didalam kereta.
  • sangat merbahaya berkhemah atau berteduh dibawah pokok ketika lightning.
  • bermain bola dipadang ketika lightning sangat merbahaya.
  • penggunaan copper tape adalah terbaik untuk menyalur karan lightning kedalam bumi tetapi ada orang menggunakan kawat tebal yang lebih murah. (Perlu kajian lanjut).
  • boleh anggar jauhnya lightning dengan mengira berapa saat dari masa flash petir dan bunyi guruh. Jarak 5 saat bermakna ianya 1.6 km (1 batu) jauh dari anda. 8 km adalah jarak selamat dari efek lightning.
  • ada empat ayat dalam Al quran membicarakan berkenaan lightning (petir dan kilat):

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

1. QS AL BAQARAH:19

atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir.

2. QS AL BAQARAH:20

Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

3. QS AR RAD:12

Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung.

4. QS AR RAD:13

Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.