Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Demi Masa.

Demi masa…

Pada pengalaman saya bani Third World countries kesemuanya tidak menghormati masa berbanding rakyat First World countries. Dulu semasa saya menuntut di Universiti, kelas bermula tepat waktunya. Jika kelas bermula jam 10 pagi, pada jam 9:55 pagi semua pelajar sudah berada dikerusi masing masing, tak kira mereka dari bani Afrika, Arab, Iran, Asia atau South Amerika. Kami telah diajar untuk hormati masa oleh bani orang puteh.

Siapa yang sampai lambat walaupun seminit dua tidak dapat masuk kelas. Professor kami sangat pentingkan masa dan kami dilatih begitu. Rakan saya seorang englishman memberitahu bahawa jika beliau dijemput hadir kerumah rakan, beliau akan datang 30 minit lebih awal dan memandu disekeliling kawasan sehingga tepat waktu yang dijanjikan.

Ini bermakna beliau sudah berada dihadapan pintu rumah rakan pada masa ‘on the dot’. Begitulah cara mereka diajar untuk menghormati waktu dari kecil. Ramai rakan saya dari negara arab bertandang ke Malaysia sebagai pelancung dan kerap kali saya akan membawa mereka berjalan jalan sekitar Kuala Lumpur.

Jika saya berjanji dengan mereka pada jam 9 pagi menunggu di lobi hotel, kebiasaan mereka akan turun pada jam 10 atau 11 pagi. Lebih satu jam saya membuang masa menunggu mereka dan, bukan terkena sekali tetapi banyak kali. Saya perhatikan bangsa ini tidak menghormati masa.

Di negara arab terutama Saudi Arabia temujanji dibuat menggunakan waktu solat. Misalan host akan kata, selepas isya’ untuk temujanji di sesuatu tempat. Saya terpaksa mengira bila waktu isya, termasuk masa doa, zikir dan masa bersesak keluar masjid. Kebiasaan ianya antara satu jam hingga satu jam setengah. Ini bermakna ketetapan masa tidak menjadi keutamaan untuk mereka.

Di Jepun, apabila kami membuat temujanji untuk lawatan rasmi, host akan berada 10 minit lebih awal. Tidak pernah sekali pun kami terpaksa menunggu host. Orang jepun sangat menghormati masa. Saya pernah ‘terkena’ menunggu kereta sewa di India, dan dreber datang satu jam lewat. Bila ditanya, dreber menjawab, “this is indian time”.

Gamaknya tidak menghormati masa sudah menjadi budaya mereka. Dinegara kita ‘jalan jam’ menjadi excuse utama untuk lambat. Bila ditanya kenapa lambat, 99% jawapan ialah kerana ‘jalan jam’.

Sebenarnya ianya satu jawapan yang sangat jelek untuk mereka yang menghargai masa kerana sepatutnya faktor ‘jalan jam’ mesti diambil kira bila membuat temujanji. Semasa mempengerusikan site meetings setiap hari ketika dipejabat lama, saya perhatikan mereka yang datang lambat adalah muka yang sama setiap kali. Ini bermakna mereka adalah ‘habitual latecomers’ kerana rakan lain semua boleh datang awal.

Kedatangan lambat mereka menyebabkan rakan lain terpaksa membuang masa untuk menunggu latecomers. Pada satu hari saya menutup pintu bilik mesyuarat dan latecomers tidak dibenarkan hadir. Ini menyebabkan progress payment mereka dibayar lambat. Pada mesyuarat kemudiannya saya perhatikan semua latecomers datang awal setiap kali mesyuarat kerana tidak mahu progress payment mereka lambat. Itu pengajaran yang paling baik untuk habitual latecomers.

Pada zaman mula bekerja seorang juruteknik kerap datang lewat kepejabat. Beliau akan sampai pejabat jam 8:30 pagi walhal 8:00 pagi adalah masa akhir masuk pejabat. Setelah beberapa kali saya bertanya beliau kenapa kerap datang pejabat.

“Tuan, saya tak boleh bangun awal pagi kerana setiap malam saya hadir mesyuarat Amway. Saya bercita-cita menjadi DD (direct distributor)” jawab beliau dengan selamba. Walaupun saya tabik kepada beliau kerana jujur tetapi kedatangan lambat kepejabat adalah satu perangai yang saya tidak boleh bertolak ansur (tolerate).

“Beginilah, jika perniagaan Amway lebih penting dari bekerja dalam Kerajaan, elok awak fikirkan untuk resign sebagai penjawat awam. Kalau tidak saya akan mulakan tindakan disiplin pada awak” tegas saya.

Jika saya tidak ambil tindakan pada beliau tentunya ia akan melurutkan disiplin dalam pejabat dan menjadi contoh buruk pada staf lain. Sebulan kemudian beliau meletak jawatan. Saya sangat pantang jika ada staf yang habitual latecomers. Ini menunjukkan beliau tiada disiplin dan tidak ambil berat sebagai kakitangan awam, apatah lagi perangai sambil lewa bila bekerja.

Jadilah seorang yang menghormati masa dan bukan seorang ‘habitual latecomer’ kerana anda menunjukkan sifat sebagai seorang yang tidak berdisiplin, mementingkan diri sendiri dan membuang masa orang lain. Jangan blame others jika anda dilompati rakan bila ada peluang naik pangkat. Blame yourself kerana perangai negatif menjadi seorang ‘habitual latecomer’.

JIT (Just In Time) adalah proses robotik dalam manufacturing dan bukan bersesuian dengan perangai manusia. Always be on time.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.