Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

‘Conscience’ diri dalam kehidupan harian

Pada hari pendaftaran kemasukkan Universiti saya travel dari London Ke Manchester menaiki Intercity train. Selama 2 tahun saya tinggal di Hastings East Sussex untuk belajar A levels dan inilah harinya saya akan mendaftar diri masuk University of Salford yang terletak di Manchester.

Kebiasaan apabila seseorang masuk Universiti ianya ‘a big day’ kerana selama ini belajar dari sekolah rendah hingga menengah semuanya bermatlamat untuk masuk Universiti dan akhirnya merangkul segulung ijazah.

Entah kenapa pada hari itu saya tidak rasa girang bila travel berseorangan dalam train selama 3 jam ke Manchester. Mungkin agaknya saya terpaksa berpisah dengan kawan rapat yang sudah bertaburan belajar di Universiti berlainan di UK.

Lagi pun cuaca di Manchester tidak sebaik di Hastings dengan hujan dan kesejukkan, seperti banyak tempat di utara England. Memang saya sangat seronok berada di Hastings kerana belajar 3 sabjek matapelajaran selama dua tahun.

It was a 2 years honeymoon.

Sekarang apabila masuk Universiti tentunya life akan berbeza dan menjadi ‘havoc’ tunggang terbalik. Walaubagaimana pun saya cuba tabahkan hati kerana ianya adalah perubahan fasa hidup dari tingkat satu kepada tingkat dua.

Dalam tren ke Manchester memang kebiasaan penuh dengan penumpang. Apabila boring duduk begitu lama saya berjalan digerabak dan ternampak seorang lelaki berwajah melayu. Saya memberi salam dan beliau menjawab salam saya.

Seat sebelah beliau kosong jadi saya minta permisi untuk duduk sebelah beliau. Kami memperkenalkan diri dimana beliau adalah seorang anggota tentera ATM, umur dalam 30’an berpangkat Kapten. Kapten Mat juga ke Manchester kerana menghadiri kursus ketenteraan selama beberapa bulan.

Apabila bersembang kebiasaan dengan orang yang lebih senior kebiasaan saya akan cuba mencari tips mengenai kehidupan dan pekerjaan. Walaupun saya berumur 18 tahun pada masa itu, Kapten Mat tidak memperlekeh malahan melayan perbualan saya.

Saya memberitahu Kapten Mat bahawa saya adalah seorang govt. scholar tajaan JPA dan insyaAllah apabila mendapat ijazah nanti akan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

“Bagaimana nak tahu samada decision kita betul atau salah apabila membuat keputusan semasa bekerja” saya tanya Kapten Mat soalan serius kerana beliau sudah lebih 10 tahun bekerja dalam ATM.

Saya perhatikan Kapten Mat berfikir sejenak dan menjawab,

“Din, dalam alam pekerjaan memang akan jumpa banyak ketika dimana kita terpaksa membuat decision penting sebagai seorang boss. Di Universiti tidak akan diajar cara membuat decision yang betul atas segala permasalahan. Boss pun tidak akan menolong awak membuat decision jika ianya tanggungjawab anda”.

“Allah menganugerah kita Al Furqan iaitu pembeda benar atau salah yang membezakan kebenaran dari kepalsuan. Dalam bahasa inggeris namanya conscience, the moral sense of right and wrong. Guna conscience diri untuk membuat decision ketika bekerja nanti” ujar beliau lagi.

Kata kata Kapten Mat saya pegang semasa zaman bekerja dan apabila membuat decision perkara samar-samar setelah semua penilaian lain telah dilaksanakan. Alhamdulillah banyak keputusan mengikut conscience diri dibuat akhirnya berjaya.

Selain conscience, perkataan lain yang sama ialah ‘gut feeling’.

Kepada rakan rakan FB yang menghantar message di messenger berkenaan masalah kerja mereka tentunya saya tidak dapat membuat keputusan untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah guna konsep Al Furqan dan conscience diri untuk membuat keputusan. Kalau rasa salah, memang ianya salah dan jika rasa betul tentunya tiada masalah. InsyaAllah akan dirahmati dan dipermudahkan oleh Allah.

Allahuallam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.