Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Catatan rengkas trip North Cyprus (TRNC)

Trip North Cyprus yang disebut orang lokal sebagai Kibris adalah penyudah kepada trip Kyrgyzstan. Istanbul merupakan hub kepada penerbangan murah dirantau ini dan destinasi yang tidak jauh dalam radius 1-2 jam penerbangan dari Istanbul mempunyai flight tiket yang murah.

Saya pernah ke Santorini, Crete, Republic of Cyprus dengan harga tiket tidak lebih dari Rm300 return. Begitu juga tiket penerbangan sangat murah ke Budapest, Sofia, Moldova, Zagreb dll dari Sabiha Gokcen.

Kali ini saya ke Northern Cyprus untuk melengkapkan kembara saya ke seluruh Pulau Cyprus yang terbagi dua semenjak tahun 1974. Northern Cyprus dipopulasikan oleh Turkish Cypriot dengan bantuan negara Turkey manakala Southern Cyprus diduduki oleh Greek Cypriot dengan bantuan negara Greece.

Turkey dan Greece memang bermusuhan semenjak zaman Uthmaniah lagi dimana sehingga kini Greece memvetokan kemasukkan Turkey kedalam EU.

Garisan UN buffer zone membahagikan Cyprus kepada dua negara dimana bandar Nicosia (Lefkosa) mempunyai dua pemerintahan berbeza.

Apabila sampai di airport utama Northern Cyprus, saya ditanya berbagai soalan dan diminta tunjuk booking hotel dan tiket flight balik. Negara ini tidak diiktiraf oleh UN dan negara lain kecuali Turkey sahaja.

Ramai pendatang dari Indian sub-continent dan Filipina bekerja sebagai buruh disini secara haram dan ini menyebabkan pihak imigresen sangat berwaspada terhadap pelawat dari Asia Tenggara.

Kereta sewa.

Saya membuat booking online kereta Toyota dari Oskar car rental dengan harga Rm200 sehari termasuk insurance penuh. Agak susah menggunakan public transport disini kerana perjalanan antara bandar sangat jauh.

Hotel.

Sebulan sebelum bertolak saya recce kos hotel dan rata-rata kesemuanya berharga tinggi. Ini kerana tourism industry dan casino adalah income utama Northern Cyprus. Akhirnya saya dapat membuat booking disebuah hotel resort di Lapta, 15km dari bandar pelancungan utama Kyrenia berharga Rm220 semalam. Saya menjadikan hotel ini sebagai base untuk meronda kawasan berdekatan.

Trip day return.

Kyrenia-Dipkarpaz-Famagusta-Kyrenia. Perjalanan adalah sejauh 300km melalui jalan coastal memakan masa sehari suntuk kerana speed limit 65km/hr. Sepanjang perjalanan saya nampak banyak villa dibina ditepian pantai khusus untuk second home orang british.

Nicosia.

Bandar ini mempunyai banyak peninggalan sejarah Uthmaniah dan tarikan utama adalah Sulimeye mosque dan Ledra street dimana terletaknya UN buffer zone.

Kyrenia.

Bandar turist utama ini dipenuhi pelancung asing kerana terletak ditepi laut.

Lefke.

Menjadi tumpuan pengamal tariqah Naqsabandiah ke Maqam Sheikh Nazim al Dagestani.

Makanan halal. 

99% penduduk disini adalah muslim. Walaupun begitu saya masih menanya kehalalan toyibban apabila membuat order kerana terjumpa beberapa restoren menjual daging babi.

Berbanding Southern Cyprus, negara Northern Cyprus sangat berbeza dari segi landskap, cuaca dan penduduknya. Anda perlu ke Cyprus untuk membezakannya.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
#kutuberahak

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.