Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Cara mengasah minda anda

Ramai bertanya bagaimana saya boleh mengingati peristiwa 30 tahun atau 40 tahun dahulu bila bercerita mengenai kembara pada zaman 70’an?

Sebenarnya tiada special trick atau minum air jampi atau makan kismis ajaib. Saya tidak menyimpan diari dan minda saya seperti orang lain, ada short term dan long term memory yang perlu di asah selalu.

Dari kecil saya dididik untuk menulis sedikit caption dibelakang gambar untuk memperingati sesuatu peristiwa. Semua gambar semasa zaman persekolahan, saya akan catit sedikit nota dibelakang gambar; siapa saya bersama, apa ocassion nya beserta tarikh.

Habit tersebut saya bawa apabila menjelajah ke luar negara, menulis caption dibelakang gambar walaupun ianya mengambil sedikit masa.

Apabila saya membelek gambar lama dan membaca caption, melimpah ruah memori dahulu datang ke minda dan dapat memperingati semula saat dan detik peristiwa 40 tahun dahulu.

Sebenarnya memori kita sentiasa berlegar diotak dan tidak hilang/erase/deleted. Ianya seperti databank/thumbdrive tetapi boleh menyimpan lebih dari 1 terabyte hingga 2.5 petabytes. (1 terabyte ~ 1,000 gigabytes atau 1 million megabytes; 1 petabyte ~ 1,000 terabytes.) mengikut saintis neuroscience.

Untuk mengeluarkan memori yang disimpan 40 atau 50 tahun dahulu hanya perlu sedikit ‘nudge’ atau push.

Apabila revolusi dunia photography berlaku 15 tahun lepas, semua bertukar kepada format digital dan jarang menggunakan gambar hardcopy lagi.

Sedikit sebanyak ianya merubah cara saya merekod catatan pada sesuatu trip kerana setiap trip saya terpaksa merekod kedalam satu diari gambar digital sehinggalah munculnya FACEBOOK pada februari 2004.

Dengan FB ianya memudahkan semula catitan saya dengan menulis nota dicaption gambar disetiap posting.

Setiap hari semasa kembara saya tentu akan rekodkan satu nota perjalanan beserta beberapa gambar dengan menceritakan peristiwa yang berlaku sebelum post di FB.

Ini bermakna jika saya ingin mencari semula nota perjalanan lama, saya hanya perlu search dan filter tarikh dalam FB saya, walaupun trip tersebut berlaku 10 tahun yang lepas.

Saya menasihatkan ramai rakan BBNU berkenaan perkara ini kerana mereka hanya suka post berpuluh gambar tanpa menulis apa apa caption di FB mereka.

Ramai yang sentap apabila saya menegur mereka kerana tidak add value pada trip mereka dan membiarkan rakan rakan tertanya berkenaan gambar yang di post tanpa nota/caption.

Semuanya ini kerana MALAS menulis. Ada yang memberi alasan tidak pandai menulis. Pada saya ‘Practice Makes Perfect’.

Percayalah, 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun dari sekarang rakan rakan akan menyesal kerana tidak ingat trip perjalanan epik disebabkan malas menulis nota/caption pada gambar di FB sekarang ini.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.