Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Biodata Pengarang

Ir. Haji Zainuddin bin Haji Omar atau nama penanya  Kutuberahak berasal dari sebuah kampung kecil di Parit Jawa, Muar dan merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapanya bekerja sebagai seorang Merinyu Kesihatan Awam dan ibunya adalah seorang suri rumahtangga.

Selepas peperiksaan MCE, Zainuddin Omar telah berjaya mendapat biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level di UK dan seterusnya menyambung pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Semasa musim panas tahun 1978 di usia muda belasan tahun dengan bajet yang terhad, beliau telah mengembara ke seluruh Eropah.

Pelbagai pengalaman telah ditempuhi termasuklah tidur di kawasan taman dan tepian pantai, asrama, juga di dalam tren dan di stesen tren, berkhemah di dalam hutan dan menjalani hidup secara nomad. Pengalaman itulah yang membentuk diri beliau selamanya.

Sejak di usia kanak-kanak lagi, beliau menyimpan angan-angan untuk mengembara mengelilingi dunia dan apabila membaca subjek sejarah dan geografi mindanya berimaginasi ke tempat-tempat yang jauh, kawasan yang asing, destinasi menarik, lokasi eksotik, bertemu bangsa asing dan mengenali budaya baru membuatkan dirinya begitu teruja.

Pada tahun 1981 beliau telah menamatkan latihan kejuruteraan di England dan sejak itu beliau tidak berhenti mengembara. Menjadi rutin biasa melalui perjalanan tren yang panjang, berada di dalam pesawat atau bergerak menaiki bas antara destinasi cukup memberikan ruang untuknya bersantai, merenung ke luar jendela menikmati pemandangan perjalanan yang indah atau mengalami pengalaman baru ‘sekali seumur hidup’ juga pemangkin yang hebat untuknya jauh berfikir dan merenung kebesaran Pencipta alam ini.

Ungkapan kegemarannya oleh Ibn Battuta iaitu –

‘Mengembara membuatkan anda tidak terkata lalu mengubah anda menjadi seorang penglipurlara’

– dan beliau merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama sahabat lama dan keluarga, menikmati makanan dan perbualan yang indah dan melihat persekitaran yang biasa dengan sinar baru setiap hari.

Zainuddin Omar adalah merupakan alumni Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dan Universiti Salford, UK serta bertauliah sebagai seorang Jurutera Profesional yang berdaftar di Lembaga Jurutera Malaysia dan Asean Chartered Professional Engineer.

Pernah berkhidmat sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya Malaysia selama 31 tahun dan Sime Darby Property selama empat tahun, sehingga kini sudah lebih 40 tahun beliau mengembara ke seluruh pelosok dunia dengan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhinya.

Ya… dia akan terus mengembara dan menjelajah dunia dengan falsafah full time traveller, part time worker and professional dreamer. Beliau berharap supaya perkongsian kisah pengembaraan ini dapat menjadi inspirasi dan contoh kepada pembaca semua.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.