Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Bingka Pisang

BAHAN A :

  1. 200 ml santan pekat
  2. 125 ml air
  3. 2 biji telur – gred A
  4. 3 biji pisang emas ranum (saiz sederhana)
  5. 80 gm gula pasir
  6. 2 sudu besar susu pekat
  7. 2 sudu besar minyak masak
  8. 1 sudu sudu kecil esen pisang
  9. Secubit garam
  10. 1/2 sudu kecil pewarna kuning

BAHAN B

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. Bijan untuk taburan

CARA :

  1. Kisar semua bahan A hingga sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk besar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak berketul.
  3. Sediakan loyang dan sapukan dengan minyak masak lalu dipanaskan sebentar.
  4. Keluarkan loyang tersebut dan tuang adunan kedalamnya serta taburkan bijan secukupnya. Bakar di dalam ketuhar selama satu  jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C hingga 170C.
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam ketuhar selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Sumber dari https://sajionline.com.my

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.