Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Beverly Hillbillies Melayu

Pada tahun 70’an femes satu rancangan TV dari US bertajuk ‘The Beverly Hillbillies’.

Ianya mengesahkan satu keluarga miskin dari Pergunungan Ozark Missouri yang telah menjumpai telaga minyak di tanah mereka. Dengan kekayaan baru mereka berpindah ke Beverly Hills dan membeli sebuah mansion dikelilingi orang kaya.

Walaupun tinggal di Beverly Hills perangai mereka masih kekampongan walaupun menunjukkan serba kekayaan seperti kereta besar, rumah besar dan ber-party besar.

Rancangan tersebut disukai ramai dan merupakan salah satu dari ‘100 most-watched television episodes in history’. Berbalik pada zaman sekarang, kita masih ada ramai Beverly Hillbillies Melayu yang menjadi kaya dengan sekelip mata, ‘rags to riches’.

Ramai sahaja yang suka menayang kehidupan yang dikatakan hebat  dengan ber-party arak sakan, menunjuk berkepuk wang dalam sosial media dan bershopping barangan mahal.

Masalahnya orang seperti ini mendapat duit mudah dengan cara menipu dan scam sana sini dari orang tua, cikgu pencen, makcik kampong dan rakyat biasa dengan memomokan akan ditangkap oleh Pihak Berkuasa atas kesalahan yang bukan-bukan.

Pernah di kampong seorang tukang kebun sekolah menang loteri Kebajikan Masyarakat berjumlah RM400,000. Beliau berhenti kerja, ‘joli sakan’ dan buat perniagaan dari duit tersebut tetapi akhirnya lingkup setelah beberapa tahun.

Akhirnya beliau terpaksa bekerja kampong semula. Orang kaya tulin jarang menunjukkan harta mereka kerana semuanya dari titik peluh mereka sendiri dan mereka menghargai setiap sen duit yang mereka usahakan.

Syed Bukhari masih memakai Proton Perdana. Bill Gates memakai US$70 Casio Duro dan Tim Cook dengan Apple Watch. Cuba lihat anak-anak ahli politik Malaysia? Mereka terbang first class, menaiki ferrari dan lambo, ber-party sakan dan hidup bergaya. Adakah semua dari titik peluh usaha bapa mereka berjaya dalam dunia perniagaan?

Ramai suka mengikut instagram dan FB orang sebegini dan enjoy melihat mereka mempamir kemewahan hidup, walhal kebanyakan mereka meraih duit dari hasil yang tidak halal. Kita pula mengiakan kehidupan mereka.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.