Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Besar Periuk Besarlah Kerak?

Saya mempunyai ramai rakan yang memiliki banglo besar dan banyak kereta tetapi tiada mempunyai wang tunai dalam dompet. Mereka tiada wang simpanan langsung. Bajet kehidupan diuruskan dengan penggunaan kredit kad yang perlu dibayar interest rate antara 15-18 peratus setahun. Pernah seorang ex-staf saya hanya tinggal Rm100 setiap bulan di payslip kerana gaji bulanan dipotong ansuran rumah dan kereta serta personal loan.

Beliau terpaksa hidup dengan hutang kad kredit walaupun mempunyai rumah yang tersergam indah dengan berbagai kereta mewah. Kesemua mereka hidup tanpa mengawal perbelanjaan yang menyebabkan tiada wang simpanan. Semasa saya mula bekerja gaji hanya Rm1120 sahaja tetapi saya mampu menyimpan Rm500 setiap bulan dan masih berupaya memberi Rm200 setiap bulan kepada ibu bapa dikampong. Sebenarnya tidak susah mengurus kewangan dengan simpanan setiap bulan menggunakan tip yang mudah:

Jangan berhutang atau minimakan hutang.

Fikir, fikir dan fikir sebelum berhutang. Tanya diri sendiri adakah anda perlu berhutang demi kelangsungan hidup atau hanya untuk ‘wants’ sahaja? Zaman sekarang terlalu mudah untuk pusat kewangan dan Ah Long memberi hutang yang tidak diperlukan. Jika kurang berhutang bermakna lebih banyak wang boleh disimpan. Ingat bahawa orang yang kaya ialah mereka yang tiada hutang bukan mempunyai rumah tersergam atau memiliki banyak kereta.

Guna pakai sistem 30:30:30:10

30% gaji bulanan untuk bayaran hutang besar seperti rumah dan kereta. 30% gaji bulanan untuk makanan, pakaian, petrol, belanja rumah dll. 30% gaji bulanan untuk simpanan. 10% gaji bulanan untuk insurance.

Simpan rekod perbelanjaan.

Keep track setiap perbelanjaan anda dan kira berapa banyak duit masuk dan berapa banyak duit keluar. Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan dan buat seperinci yang boleh. Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, pakaian, tuition anak, dll. Jadikan satu habit anda untuk rekod setiap perbelanjaan. Dengan cara ini anda akan jadi sensitif terhadap semua perbelanjaan dan membina habit berbelanja mengikut kemampuan.

Semak berkala perbelanjaan yang membazir.

Dengan rekod yang terperinci anda boleh semak apa perbelanjaan yang tidak perlu dan kurangkan pemborosan.

Buang kad kredit.

Kad kredit adalah Ah Long moden dalam poket yang sangat bahaya. Ramai orang tidak mempunyai disiplin apabila menggunakan kad kredit. Jika perlu simpan kad kredit, langsaikan hutang setiap bulan tanpa perlu membayar interest. Lebih baik guna kad debit.

Gaji besar tak semestinya belanja besar.

Apabila bergaji besar atau mendapat bonus, simpan duit lebihan dan hiduplah cara sederhana. Orang kita bila ada berduit mulalah memikir untuk tukar kereta baru walhal kereta lama yang sudah dibayar hutang masih boleh digunakan. Kereta adalah aset yang paling merugikan kerana setiap tahun value nya turun mendadak berbanding value hartanah. Selain itu kos penyelenggaraan, insurance dan cukai jalan seperti tikus yang memakan labu, sedikit demi sedikit mengikis simpanan yang ada. Jumlah gaji atau pendapatan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu bebas daripada sebarang masalah kewangan. Jangan ikut pepatah ‘semakin besar periuk, semakin besar keraknya’ yang memberi gambaran tabiat kebanyakan orang yang suka menambah perbelanjaan apabila pendapatan bertambah. Dengan pengurusan kewangan yang bijak, walaupun bergaji besar anda perlu juga berbajet mengawal perbelanjaan dan menyimpan lebih simpanan untuk masa depan.

Laburkan sebahagian simpanan anda dalam bidang hartanah.

Sebelum ini saya telah mencatitkan beberapa artikel bagaimana anda boleh melabur dalam bidang hartanah secara perlahan, man-man alun-alun. Pada mulanya agak sukar kerana ada masa anda perlu mengikat perut tetapi pulangan nya lumayan dihari tua. Anda boleh mengikuti banyak kursus bidang pelaburan hartanah jika berminat.

Don’t keep up with the joneses.

‘Keeping up with the joneses’ adalah pepatah inggeris yang bermakna anda perlu berlawan dengan jiran-jiran dari segi pemilikan harta agar tidak dipinggirkan secara sosial. Jika jiran menukar kereta baru, adakah anda perlu membeli kereta yang lebih canggih dari mereka? Hiduplah mengikut standard sendiri tanpa mengukur dengan standard orang lain.

Revise ‘pelan kemakmuran’ anda secara berkala.

Setiap tahun, buat revision dan tengok balik samada pelan dan rancangan yang anda buat masih mengikut jalan asal. Don’t be too hard on yourself jika pelan tidak dapat berjalan seperti asal tetapi adjust accordingly dan buat pembetulan. Ingat bahawa ‘change is the only constant in life’. Saya sendiri membuat ‘pelan kemakmuran’ pada umur 30 dan alhamdulillah merasai kemakmuran pada umur 55. Ianya adalah satu long term plan.

Sedekah secara berkala.

Sedekah murahkan rezeki, lenyapkan masalah dan permudahkan urusan. Percayalah.

Wallahuallam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.