Semasa kami sedang mencari ikan salmon untuk masak dinner di supermarket Moskenes, Lofoten Island Norway saya ternampak sosok kelibat beberapa orang budak melayu. Saya menegur mereka dengan memberi salam. Mereka boboy melayu Singapore dalam misi carian cik Aurora selama dua minggu di Norway. Penerbangan mereka dari Oslo terus ke Tromso dan menyewa van untuk explore Lofoten Island. Saya rekomen kepada mereka tempat kediaman guesthouse kami di Moskenes kerana tempatnya selesa, kos berpatutan Rm500 semalam dan boleh muat 5 orang.

“Malam ini kami bercadang tidor dalam tent kerana harga guesthouse mahal sangat’ ujar seorang dari mereka. “Boleh ke korang tidor dalam suhu -10’C, nanti semua jadi snowman?” tanya saya balik. “Boleh bang, tent kami snow proof dan kami bawa Arctic sleeping bag” jawab boboy yang berbadan sado bertutup muka kerana kesejukkan.

Tukaran matawang adalah 1 Norwegian kroner ~ SGD 0.17 dan 1 Kr ~ RM 0.6, Sewaan guesthouse di Moskones berharga 1000 norwegian krones ~ Rm 500 atau SGD 160. Hanya seorang boboy bayar SGD 32 sahaja apabila SGD 160 berkongsi 5 orang. Ini bermakna untuk Singaporean, semua adalah 3 kali ganda lebih murah dari apa Malaysian bayar apabila di Norway. Itu pun boboy Singapore kata Norway MAHAL! Ya, Norway memang mahal untuk semua orang.