Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Berhenti Merokok Cara Saya

Berhenti merokok bukan perkerjaan mudah. Memang betul kata orang tua ‘biar putus cinta jangan putus rokok’. Penagihan kepada nikotin menyebabkan kehidupan harian kita berkisar kepada rokok. Apabila rasa stress atau boring, rokok lah peneman sejati dan kemana pergi sekotak rokok mesti didalam poket. Apabila tinggal sebatang dua, mula lah rasa mengelabah dan sedaya upaya mencari kedai walaupun pada larut malam. Begitulah cengkaman nikotin kepada perokok. Mark Twain berkata mengenai ketagihan merokok ‘Giving up smoking is the easiest thing in the world. I know because I’ve done it thousands of times’

Dari rokok jenama tiga lima, Lucky strike, Camel, Benson&Hedges, Peter Stuyvesant, Mild 7, gudang garam, Dji samsu, Marlboro, Salem dan hisap paip, semua saya dah cuba. Saya mula merokok semasa dihostel tingkatan 4 dari pengaruh kawan. Merokok pada zaman persekolahan saperti cool dan trendy tetapi tidak lah sampai ke peringkat penagihan. Apabila mula belajar di luar negara, merokok sudah menjadi amalan harian dan sudah didalam cengkaman nikotin. Pada tahun 2003, setelah lebih kurang 30 tahun merokok, penagihan nikotin meningkat kepada 2 bungkus rokok sehari. Pada masa itulah saya mulai rasa ‘fedup’ dan ingin melepaskan diri dari menjadi hamba kepada rokok. Sebelum itu memang ada beberapa kali cubaan saya berhenti merokok, dan pernah sekali berhenti selama 6 bulan. Kawan kawan yang masih perokok tegar akan ‘dengki’ dan selalu pelawa rokok mereka.

Mula mula cuba sebatang rokok kononnya sebagai social smoker tetapi lama kelamaan tabiat lama melekat semula. Pada september 2003 saya sudah nekad meninggalkan cengkaman nikotin ini. Saya beli 2 bungkus Dunhill dan menghisap terus menerus habiskan 30 batang sehingga rasa tersangat meluat. Rasa tekak loya dan pening kepala menyebabkan saya keronyok kotak rokok yang itu dan buang baki 10 batang rokok kedalam tong sampah. Lighter dunhill saya buang kedalam sungai. Itu lah hari terakhir saya merokok pada petang 15 September 2003. Bagaimana saya melawan ketagihan nikotin selepas itu? Yes, Nicorette. Nicorette adalah pengganti nikotin yang boleh disedut atau di hisap. Ada juga jenis patch yang ditampal dibadan dan jenis chewing gum. Saya mencuba semua cara dengan nicorette dan paling sesuai adalah menyedut terus nicorette dengan hidung.

Sedutan menyebabkan beberapa dos nikotin menyerap kedalam badan. Ianya menghilangkan rasa ketagihan. Selama 6 bulan saya menyedut nicorette dengan dos nikotin berkurangan setiap bulan. Pada akhir bulan ke enam, saya sudah bebas dari cengkaman nikotin dan tidak lagi merasa ketagihannya. Nicorette ada dijual di Farmasi besar. Ada beberapa tip untuk berhenti merokok semasa mengguna nicorette:

  1. Elakkan ngeteh dengan kekawan yang merokok pada bulan pertama kerana tarikan nikotin masih kuat.
  2. Jangan ambil sebatang rokok pun semasa dan selepas penggunaan nicorette. Ini paling penting.
  3. Psycho minda bila ada keinginan merokok dengan berkata kepada diri ‘semasa aku merokok aku ingin sangat berhenti, ni dah lama berhenti merokok buat apa aku nak mula semula’
  4. Selalu minum air sejuk bila ada keinginan merokok.
  5. Akan rasa selera makan bertambah bila berhenti merokok. Tingkatkan regim exercise untuk jangan gemok.
  6. Pada minggu pertama berhenti merokok, saya kerap tidur untuk melupakan rasa ketagihan terutamanya selepas makan malam.
  7. Mesti bertekad untuk berhenti merokok. Jika tidak ada niat untuk berhenti merokok, apa apa nasihat pun mereka tidak akan terima dan akan templak kepada orang yang memberi nasihat.
  8. Berhenti dari minuman kopi atau teh panas kerana ianya ‘trigger’ keinginan merokok.

Kekawan yang sudah berjaya berhenti merokok boleh share juga tip dan pengalaman mereka disini. Semoga perokok tegar berjaya menendang tabiat buruk yang berhantu ini. *Tag lah posting ini kepada orang tersayang.

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.