1. USD adalah raja dan rakyat mereka tidak suka menggunakan matawang mereka kecuali di Tajikistan. Mereka tidak menerima Euro.

Roti adalah makanan harian kawasan stan yang dimakan bersama sop dan yogurt. Roti adalah sebahagian dari lauk.
2. Banyak peniaga quote barangan dalam USD dan tidak menerima matawang mereka kecuali Tajikistan.

Patung Abu Nawas di Bukhara dan beliau memang legend disini kerana seorang yang nampak bodoh tetapi bijak sebenarnya.
3. Pembelian barang souvenier dalam USD adalah menjimatkan kerana rate harga Som lebih mahal kalau dibandingkan dengan rate harga USD di Uzbekistan.

Musim buah buahan pada waktu summer di Tajikistan.
4. Pertukaran matawawang rasmi adalah 1 USD ~ 4 Som tetapi black market rate 1 USD ~ 7.5-8 Som Uzbekistan.

Komplex Registan di Samarkand
5. Pertukaran matawang di black market boleh dibuat di kedai kedai souvenier, walaupun begitu kena berhati hati kerana ianya tak legit dan boleh ditangkap.

Wanita menjual yogurt drinks di tepi jalan dan diperhatika Tajikistan lebih islamik dari Turkmenistan dan Uzbekistan.
6. Disetiap pintu masuk pelawat perlu isi borang declaration 2 helai dan menyatakan berapa hard currency yang dibawa. Satu copy akan diberi balik selepas di stamp di Uzbekistan. Tajikistan dan Turkmenistan tak perlu declare.

Unending pattern in the Sultan’s palace in Khiva Xorazm region Uzbekistan.
7. Di pintu keluar nanti, satu lagi borang declaration perlu di isi dan menyatakan berapa hard currency yang dibawa keluar. Adalah wajib declare kurang dari declaration semasa masuk. Jika declare lebih anda akan dipanggil untuk interrogation didalam bilik asing. Disitu selalu nya ramai pelawat kena pau di Uzbekistan.

Buah tin segar hanya Rm5 sekilo. Buah tin ni cepat lembik kalau disimpan diluar.
8. Ada 4 kali security check dengan X ray di Tashkent airport.

Quranic carving in this 1000 year old timber column in Jama masjid Khiva.
9. Di land border, sekurang kurang nya 4 jam untuk lepas imigresen dari satu negara ke negara lain. Seeloknya datang awal sebelum 9 am sebelum pejabat pos imigresen dibuka.
10. Post imigresen diantara negara mungkin sejauh 2 Km dan terpaksa ambil kereta prebet sapu (selalu nya satu sahaja) dan semua pelawat kena queue berjam menaiki kereta prebet sapu ini. Bayaran semua dalam USD.

11. Orang negara stan tidak pandai queue dan queue cutting adalah perkara biasa.

Maqam imam At Termizi di Termez Uzbekistan
12. Pegawai Imigresen hanya pandai berbahasa russia dan bahasa tempatan. Download google translate untuk bahasa tersebut.

Korakum desert Turkmenistan.
13. Semua makanan halal kerana negara stan adalah negara Islam ASWJ.

Roti adalah makanan harian dan sebahagian dari lauk. Mereka tidak makan dengan butter tetapi dicicah bersama yogurt atau sop.
14. Di Turkemenistan dan Uzbekistan blackmarket trading USD sangat berleluasa.

Italian girl dancing beside the burning crater.
15. Di Tajikistan tidak ada blackmarket trading USD kerana kerajaan mereka sangat strict dan rakyat mereka masih ketakutan. Rate rasmi 1 USD – 8.8 Somoni.

16. Di Tajikistan, orang mereka tidak suka diambil gambar kerana industri pelancungan masih baru dan tak ramai pelawat dari luar.

Traditional Uzbek dance
17. Di negara stan mereka paranoid mengenai sekuriti (everyone is suspected to be the enemy of the state unless proven otherwise). Ini adalah legasi soviet era.

Lada 4WD di Merv Turkmenistan.
18. Turkmenistan ban FB, Instagram dan Whatsapp tetapi aplikasi Line boleh digunakan.

Drinking chai with the lovely ladies of Mary, Turkmenistan. They were very curious about Malaysia as turkmen seldom see tourist and travellers this part of the world.
19. Internet masih snail pace dan banyak kawasan hanya ada signal Edge.

20. Drone di ban disemua negara stan. Mereka akan rampas di border bila bag di Xray.

Children exercising in the park Dushanbe Tajikistan.
21. Mengambil gambar tidak di benarkan dibanyak tempat dan polis akan buka phone untuk melihat video atau gambar secara spot check.

22. Tiada tandas awam diluar bandar hanya tandas hole-in-the-ground sahaja.

Gate of Hell Derwaza Turkmenistan.
23. Pegawai Imigresen dan sekuriti sangat berkuasa di pintu masuk land borders. Mereka berkuasa tidak membenarkan sesiapa masuk mengikut karenah masing masing.

Istana sultan di Khiva Uzbekistan. Dibawah tiang kayu adalah stump besi kegunaan nya untuk memudahkan pertukaran tiang kayu baru.
24. Tiada x ray di land border Tajikistan dan formaliti imigresen/kastam sangat mudah kerana negara tersebut dalam usaha membuka industri pelancungan.

Dukaki the celebrated poet of Tajikistan.
25. Sekuriti paling ketat adalah di Turkmenistan dan Uzbekistan.

Banyak tempat di Bukhara sedang di korek kerana pembangunan pesat hasil dari lawatan ramai turist barat.
26. Tajikistan lebih cantik dari segi pemandangan dan lebik Islamik.
27. Tukar banyak note kecil USD 1, 5, 10, 20 di Malaysia kerana senang untuk dibayar kepada pemandu teksi atau pekedai. Selalu nya mereka tidak ada note kecil untuk dipulangkan jika dibayar USD 100. (Money changer di KL hanya menyimpan note USD 100).

Patung Nasreddin Hodja atau lebih terkenal dengan nama Abu Nawas banyak dijual dinegara stan. Walaupun Abu Nawas diberitakan hidup dizaman Khalifah Harun Al Rashid, setiap negara stan mengaku bahawa dia datang dari kawasan mereka.
28. Sentiasa bawa ubat sakit perut dan diarrhea kerana kebersihan street foods diragukan. Salad dan buah buahan perlu dibasuh sendiri. Bawalah lomotil, carbon tablets, antacid, nexium, dan AntiBiotic.

29. Belajar menahan nafas apabila menggunakan tandas lubang dalam tanah diluar bandar.
30. Polis di negara stan dilarang welfie atau diambil gambar. Ianya satu kesalahan besar.