Sedap dan mudah. Itu gambaran jelas tentang Ayam Panggang Airfryer ini. Dengan masa yang singkat, anda dapat sediakan satu menu yang cukup menyelerakan. Bukan saja menjimatkan masa, menu ini sebenarnya sangat sihat kerana dimasak tanpa perlu menggunakan minyak yang banyak. Tengok pun dah terliur. Apa kata anda cuba resepi mudah tapi extra sedap ini di rumah anda.
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam – potong kecik
- 1 sudu besar (sb) cili serbuk
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 sb serbuk rempah kari
- Sedikit daun ketumbar- cincang halus
- 1 sb madu/ gula
- 1 sb cili sos
- 1 batang serai,
- sedikit halia,
- 2-3 ulas bwg putih- kisar
- 1 sb minyak masak.
- Garam
- Serbuk lada hitam
Cara Penyediaan
- Lumurkan semua bahan pada ayam.
- Perap 10 min untuk biarkan bahan serap. Jika nak masak terus pun boleh, masih sedap rasanya
- Letak ayam dalam basket. Curahkan sedikit air dan spray sedikit minyak
- Tolakkan basket ke dalam dan set masa memasak. Setkan masa 10 minit dahulu untuk elakkan terlebih masak. Biasanya masa yang diperlukan sekitar 12-13 minit dan ayam betul-betul lembut dan masak sepenuhnyee.Ayam ni sangat sedap, cepat dan mudah.
Apa yang menariknya tentang airfryer ni, anda tak perlu nak panaskan terlebih dahulu . Masukkan ayam, set masa dan terus boleh memasak.
TIPS TAMBAHAN
Untuk bahan-bahan lumur, anda boleh pelbagaikan mengikut kreativiti. Anda boleh tambahkan mustard, sos barbeque, sos pedas thai, atau sos tiram.
Mudah bukan? Yang belum ada airfryer tu bolehla pujuk cik abang belikan. Tak sampai 15 minit dah siap masak!
*Resepi ayam panggang airfryer ini telah dikongsi semula melalui Puan Juita Jaafar.