Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Awas pada umur 30-an

Saya mempunyai seorang PA (personal assistance) lelaki semasa di sebuah pejabat ketika pertengahan tahun 80’s. Menjadi ketua jabatan pada usia muda kadangkala membosankan dan benar pepatah mengatakan ‘it’s lonely at the top’. Kakitangan saya ada beratus orang dari bahagian perakaunan, billing, konsumer servis, teknikal, maintenance, penguatkuasaan dan perkeranian. Bukan mudah untuk menguruskan satu jabatan berjalan secara ‘clockwork’ kerana sistem perlu efisen. PA saya bernama Ali (bukan nama sebenar) dan kadangkala saya mengajak beliau minum petang bersama saya di pejabat.

Saya perhatikan Ali mempunyai kepintaran tetapi beliau tidak mendapat peluang belajar lebih tinggi lagi. Kami selalu berbincang mengenai kehidupan dan ada satu ketika saya bertanya beliau satu soalan kbat. “Ali, awak rasa awak boleh hidup lepas umur 40?” tanya saya dengan nada serius. Pada masa itu saya sekitar umur 30 dan beliau 35.

“Tuan Haji, mestilah saya konfiden melepasi 40 kerana pada ketika ini belum ada apa apa penyakit serius yang saya hadapi” jawab beliau dengan nada selamba. Beliau bertanya saya balik soalan serupa tetapi saya hanya berdiam diri dan tersenyum. Beberapa bulan kemudian saya mendapat ‘transfer order’ kerana kenaikan pangkat ke satu pejabat jauh dari ofis lama.

Saya mengikuti perkembangan kehidupan Ali dengan bertalipon dan khabar berita dari kawan kawan kerana sudah menganggap beliau sebagai seorang rakan. Gamaknya, beberapa bulan setelah saya berpindah ofis, Ali ‘submit resignation’ dan menceburi diri dalam sektor pembinaan sebagai kontrektor. Beliau rajin dan berjaya mendapat kontrak besar, membeli banglo baru, beristeri tiga dan memandu sebuah Mercedes baru. Sangat jauh berbeza dengan zaman beliau bekerja bergaji Rm1000 dan menaiki bas ke pejabat. Zaman umur 30’an adalah zaman ‘make or break’. Pada umur 30’an semangat bekerja paling top, rasa dunia itu kepunyaan anda, tenaga ditahap maxima tanpa tahu istilah keletihan, rasa mati jauh sekali dan ‘ferfeeling’ you are ready to conquer the world’

Pada satu hari saya menerima panggilan dari seorang rakan. Ali telah menghembuskan nafas terakhir disebuah hospital swasta kerana heart attack. Beliau berumur 39 tahun, ‘a few months short of 40’. Saya mempunyai ramai rakan selain Ali yang meninggal dunia sebelum umur 40. Mereka hidup ‘fast and furious’, sedang menikmati kehidupan lavish yang baru dinikmati, wang banyak dan enjoying life to the fullest tanpa memikirkan masalah kesihatan kerana merasai akan hidup sehingga 1000 tahun lagi.

Moral of the story.

  1. Jika anda dalam umur 30’an dan berada ‘on top of your game’ dan merasai ‘dunia ini ana yang punya’ selalulah buat medical checkup dan jaga kesihatan. Jangan tinggalkan balu cantik manis kaya raya yang meratapi kematian anda ‘seketika’. 🤭
  2. Kematian sentiasa mengejar kita. Bersiap sedialah selalu.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.