Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Arrow Dan Van Heusen

Semasa zaman sekolah tahun 70’an, shirt paling top adalah jenama ARROW. Sehelai berharga Rm45 dan sangat mahal kerana nasi lemak bungkus pun hanya 15 sen. Gaji guru atau kerani hanya Rm300 sebulan sahaja.

Hanya anak ‘Lord’ (gelaran gulungan anak orang kaya) yang boleh bergaya dengan baju Arrow yang dipakai tanpa di-tug in. Ini kerana ingin menunjukkan cop jenama Arrow dibawah baju. Arrow original berasal dari USA dan yang tak ori dari Hong Kong. Jenama Manhattan juga femes tetapi tidak popular seperti Arrow.

Pada zaman tersebut, apa apa pakaian dan seluar buatan Hong Kong dikatakan tidak ori dan rasa malu jika memakai nya kerana kerap diperli kawan. Jeans yang femes pula adalah jenama Amco, Levis, Wrangler, Texwood, Madrid, Saddle King, Key dan Lee yang kebanyakkan diimpot dari Hong Kong.

Jika anda memakai kemeja Arrow, tentu kawan kawan akan mengerumuni untuk memeriksa samada ianya ori. Ada yang digelar ‘tok guru’ kerana kehebatan skil memeriksa kemeja samada ianya ori atau tidak.

Beliau akan merasai kelembutan fabrik, melihat jahitan dan meneliti cop Arrow dan membuat keputusan keorian baju tersebut. Begitulah hebatnya jenama Arrow pada zaman 70’an. Hanya pretender atau faker yang akan memakai baju buatan Hong Kong. Saya hanya mempunyai sehelai kemeja Arrow ori berwarna merah yang dirompak dari Uncle saya.

Baju Van Heusen buatan England juga femes tetapi tidak sehebat Arrow. Ianya lebih formal untuk pakaian keramaian walaupun harganya setinggi Arrow. Apabila saya sampai di UK pada tahun 1976, agak terperanjat kerana baju Van Heusen banyak dijual dipasar raya.

Ianya memang kegemaran orang British memakai baju jenama Van Heusen bersama jenama Tootal. Montague juga terkenal tetapi dari negara France. Setiap kali jualan sale, samada winter sale atau summer sale, potongan 70% selalu nya ditawarkan untuk baju Van Heusen.

Kebiasaan saya akan membelinya kerana hanya berharga antara £3 hingga £5 setelah diskaun. Saya kerap membeli dan stock baju Van Heusen untuk dibawa balik ke Malaysia agar dijadikan pakaian kerja formal.

The day saya balik ke Malaysia, saya telah mengumpulkan 30 helai kemeja Van Heusen. Selama 20 tahun bekerja saya masih memakai kemeja Van Heusen sehinggalah bajunya mengecil. Hehe. Banyak kemeja tersebut saya berikan pada saudara mara dan ada yang masih dalam simpanan. Walaupun berusia lebih dari 35 tahun fabrik kemeja Van Heusen masih tidak lusuh ditelan zaman.

Begitulah cerita kehebatan kemeja Van Heusen yang alah beli menang memakai. Sekarang ini setelah bersara saya lebih selesa dengan tee-shirt cotton double mercerised berjenama Arnold Palmer dan Crocodile.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.