Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Apa Signifikasi Israel, Masjidil Aqsa dan The Third Temple Pada Umat Islam?

Jerusalem adalah salah satu bandar tertua didunia dan mula didiami pada 4000 BCE. Dalam sejarahnya, Jerusalem dibinasakan 2 kali, dikepung 23 kali, diserang 52 kali, dan ditawan 44 kali. Beratus ribu manusia mati untuk merebut Jerusalem dalam peperangan crusade. Sehingga hari ini kawasan sekitar Jerusalem dan timur tengah masih bergolak dan boleh mencetuskan peperangan dunia ke 3.

Satu soalan yang sering ditanya ialah mengapakan begitu ramai berminat untuk menakluk Jerusalem? Jawapan paling mudah adalah sebab faktor AGAMA. Semenjak tertubuhnya Israel pada tahun 1948 dan selepas peperangan 1967, sedikit demi sedikit Jerusalem dan kawasan Masjidil Aqsa diletak dibawah kawalan Israel, setelah 2000 tahun. Apa sebab Israel ingin menguasai Masjidil Aqsa?

Kalau dikaji sejarah, kawasan Masjidil Aqsa pada tahun 957 BCE adalah tempat pertama dimana Nabi Sulaiman AS membina First Temple yang asalnya bernama Temple Mount (temple ini hanya istilah sahaja serupa masjid sekarang dimana tempat menyembah Allah).

Orang yahudi mempercayai ‘Sakinah’ atau ‘God’s divine presence’ berada di Temple Mount. Didalam kawasan Masjidil Aqsa mereka mempercayai terdapat satu ruang yang dinamakan ‘Holy of Holies’ dimana asalnya terletak ‘Ark of Covenant’ dan tempat kediaman tuhan.

Al Quran menyebut ‘Ark of Covenant’ sebagai ‘Tabut Sakinah’ dalam Albaqarah 2:248. Sekarang Ark of Covenant hilang dan ada yang mempercayai ianya di Ethiopia. Didalam filem Indiana Jones menceritakan bagaimana tentera Nazi cuba mencuri ‘Ark Of Covenant’ ini untuk mendapat kuasa mutlak.

Orang Syiah pula mempercayai ‘Tabut Sakinah’ ini akan muncul bersama imam ke 12 mereka iaitu imam Mahdi diakhir zaman. ‘Holy of Holies’ adalah tempat paling suci untuk orang yahudi di Temple Mount dan tiada siapa boleh menjejak kawasan tersebut kecuali chief rabbi.

Masalahnya mereka juga mempercayai tempat suci ini berada dibawah ‘Dome of the Rock’ iaitu Masjid Umar. The Wailing Wall atau Western Wall atau Buraq Wall adalah tinggalan akhir temple mount dari zaman Nabi Sulaiman AS.

Ianya adalah sebahagian dari bangunan masjidil Aqsa dimana terletak dinding yang dinamakan Buraq Wall (nama yang diberi oleh penduduk arab). Saya sempat masuk ke dalam ruang Buraq Wall ini sedalam 20 kaki dimana dipercayai tempat kuda Buraq diikat sebelum Isra’ Mikraj. Askar Israel mengawal dan memeriksa pelawat yang ingin masuk ke ruang Buraq Wall.

Belakang Buraq Wall inilah dinamakan Wailing Wall (nama yang diberikan oleh yahudi). Semasa didalam saya terasa pelik kerana disebelah dinding orang yahudi ramai sedang sembahyang membongkok bongkok dan ‘wail’ kepada saya yang berada dibelakang Wailing Wall mereka.

Kenapa Masjidil Aqsa begitu penting untuk orang yahudi? Mereka percaya the Third Temple mesti dibina di Temple Mount sebelum ‘the Jewish Mesiah’ muncul.

Selagi the ‘Third Temple’ tidak dibina selagi itu the ‘Jewish Mesiah’ tidak akan muncul. Mereka percaya Jewish Mesiah adalah Raja untuk orang yahudi (dari susur galur nabi Daud as) yang akan memerintah bumi sebelum kiamat. Untuk membina Third Temple tentunya Masjidil Aqsa dan Masjid Umar perlu dirobohkan dahulu.

Nampak tak significant bagaimana orang yahudi timbulkan masalah di Masjidil Aqsa yang akhirnya, saya beranggapan mereka tidak akan membenarkan orang Islam bersolat disitu sebelum merampas nya kelak? Misi akhir mereka adalah untuk merobohkan kedua dua masjid tersebut dan membina The Third Temple.

Orang orthodox kristian pula percaya, Armageddon (kiamat) tidak akan berlaku selagi Third Temple yahudi tidak dibina. Pada masa itu mereka percaya akan berlaku ‘Rapture’ dimana orang kristian terpilih diangkat terus ke langit untuk duduk bersama tuhan. Itu sebab kuasa barat kristian dan kristian lobbyist di Washington menyokong Israel 110%. Manusia dari berbagai agama bunuh membunuh antara satu dengan lain bertujuan untuk masuk syurga. Pelik bukan?

Secara peribadi saya rasakan sesuatu ‘momentous event’ akan berlaku antara 10 hingga 20 tahun lagi dikawasan timur tengah ini. Berpuloh tahun, setiap Ramadan dan setiap solat jumaat dimasjidil Haram Mekah dan masjid seluruh dunia umat Islam mendoakan dan membaca doa qunut nazilah untuk keselamatan Masjidil Aqsa.

Yang pasti, Allah maha mendengar doa kita dan semesti nya perancangan Allah lebih hebat.

Wallahu a’lam

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.