Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Cara kiraan ‘passive income’ bila bersara

Sangat menggerunkan berita dari KWSP dimana 7.88 juta pencarum dibawah 54 tahun hanya mempunyai RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Jika seseorang pencarum hanya mempunyai RM50,000 bila bersara berkemungkinan besar jumlah wang tersebut akan habis dalam jangka tiga atau empat tahun selepas bersara.

Kemudian bagaimana mahu meneruskan hidup dalam dunia persaraan?Adakan perlu bekerja semula membanting tulang dan memerah keringat dalam usia 60’an?

Purata jangka hayat rakyat Malaysia meningkat kepada 75 tahun dan ia bermakna kita akan menempuh tempoh persaraan selama 20 tahun jika kita bersara pada usia 55 tahun. Jumlah RM50,000 itu amat rendah berbanding simpanan asas RM240,000 yang diperlukan untuk menjalani kehidupan selama 20 tahun selepas persaraan pada usia 55 tahun.

Simpanan yang kurang RM50,000 itu tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan harian yang memerlukan perbelanjaan asas RM1,000 sebulan.Banyak tulisan saya sebelum ini menekankan betapa penting kita merancang kewangan dari usia muda dan kita perlu ambil iktibar dari kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain.

Adakan anda yang berusia muda sekarang mahu termasuk dalam statistik 7.88 juta pencarum yang mempunyai simpanan kurang dari RM50,000 sebelum bersara?Tentunya tidak.

Dari itu sedarkanlah diri anda dan gerakkan semangat untuk merancang kewangan anda dari sekarang.Apa yang anda perlu lakukan untuk matlamat bersara dengan bergaya dengan passive income?

1. Sasaran pendapatan bulanan.

‘Rule of thumb’ keperluan pendapatan minima bulanan apabila bersara adalah 80% dari gaji terakhir.

Jika gaji terakhir Rm10k, Rm8k diperlukan setiap bulan selepas bersara untuk hidup selesa tanpa terlalu berkira tentang bajet kewangan bulanan.Ada rakan saya yang tidak membuat perancangan kewangan semasa bersara. Apabila sampai tarikh persaraan beliau terpaksa memotong bajet secara drastic kerana duit pencen tidak mencukupi menampung keperluan harian.

Kalau dulu dia bermalam dengan memasang aircon, sekarang ini hanya menggunakan kipas sahaja. Keperluan dapur dikurangkan dan kereta sediada dijual.

Semua ini menjejaskan keselesaan kehidupan keluarga yang sudah biasa dengan kehidupan mewah sebelum bersara.Jadikan sasaran untuk mendapat 80% dari gaji akhir bila bersara kelak.

2. Cara mengira anggaran gaji akhir bila bersara.

Kiraan ini hanya terpakai untuk ‘wage earners’ sahaja dan mereka yang membuat perniagaan, the world is at your feet.

Dalam pengalaman saya, pendapatan bulanan untuk wage earners meningkat 2.2 kali ganda setiap 10 tahun. Misalnya, jika gaji sekarang Rm3000 (2020), pada tahun 2030 secara purata gaji akan meningkat Rm6600.

Pada tahun 2040 gaji akan meningkat Rm14500.Jika membuat perancang pada tahun 2020 dan tarikh persaraan 20 tahun dari sekarang, passive income yang diperlukan adalah 80% dari Rm14500 iaitu Rm 11600.

Rm11,600 adalah sasaran pendapatan minima yang diperlukan apabila bersara pada tahun 2040, maka usahakanlah bagaimana untuk mendapat passive income tersebut dari sekarang saperti yang diterangkan.

3. Bagaimana untuk mendapatkan passive income dan financial freedom apabila bersara?

Ini ‘one million dollar question’ dan semua orang mengharapkan matlamat sama tetapi tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya.

Anda boleh membaca artikel ini beribu kali atau membayar yuran beribu ringgit mendengar penceramah memberikan kata semangat dan motivasi, tetapi akhirnya anda sendiri yang perlu ‘make the first step’.

Ada orang melabur dalam skim ASB, main share, trust fund, simpanan KWSP, skim pencen, buat business online atau perniagaan kecilan dan pelaburan dalam saham blue chips.

Terpulang masing-masing mana pelaburan yang sesuai untuk diri sendiri tetapi pada pendapat saya pelaburan hartanah boleh  mendatangkan dividen passive income semasa bersara nanti dengan risiko yang rendah.

Anda boleh baca artikel saya sebelum ini bagaimana memasuki pelaburan hartanah untuk berjaya memperolehi financial freedom bila bersara.

Jangan sekali kali memasuki skim cepat kaya kerana saya telah melihat ramai rakan rakan merana dan bankrap kerana terjerumus didalamnya.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.