Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

10 ‘Life lessons learned’ dari pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 mengajar kita berbagai perkara tentang kehidupan dan kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Simpan 6 bulan cash reserve sebagai kontigensi.

Jika anda perlu membayar setiap bulan hutang rumah Rm1000, hutang kereta Rm500, perbelanjaan rumah Rm2000, maka jumlah sebulan adalah Rm3500. Ini bermakna cash reserve 6 bulan yang perlu disimpan adalah Rm21,000. Jika tersekat pendapatan, anda ada 6 bulan untuk menilai situasi dan mengambil langkah drastik untuk membetulkan keadaan. Jika kerak nasi kecil maka cash reserve yang perlu disimpan tidaklah terlalu banyak.

Simpan emas dari berlian.

Semasa pelarian vietnam melarikan diri dari kancah peperangan, ramai dari mereka dapat hidup sementara dinegara lain kerana mempunyai gigi palsu emas. Ini bukan bermakna anda perlu membuat gigi palsu emas sekarang tetapi sekadar ingin menunjukkan betapa penting emas semasa zaman krisis. Kita notis selepas PKP berduyun orang mengadai emas mereka dikedai pajak gadai untuk kelangsungan hidup. Simpanan emas adalah lebih baik dari berlian tetapi jangan lupa untuk membayar zakat emas.

Love yourself and your job but not your company ‘coz one day the company will not love you.

Ada rakan dibuang kerja walaupun Kerajaan baru mengumumkan PKP dua minggu. Ada employer yang mengambil kesempatan dari PKP untuk membuang staf selain dari mereka yang secepat kilat memotong gaji pekerja mereka. Bertahun-tahun staf menghambakan diri bekerja bagi menguntungkan syarikat tetapi apabila ada masalah, syarikat membuang kerja begitu sahaja. Adage ‘the staff is the most important asset of a company’ hanyalah temberang semata-mata. Seorang anak rakan mempunyai 10 tahun pengalaman disebuah bank sebagai auditor tetapi masih mendapat gaji Rm3k sebulan walhal going rate adalah Rm8k-Rm10k di bank lain. Beliau mempunyai ijazah perakaunan. Apabila ditanya kenapa tidak mahu berpindah ketempat lain, beliau menjawab, “I love my bank”. “One day the bank will not love you” balas saya. Yes, a rolling stone collect no moss but who wants to collect moss?

Health is gold.

Ramai yang mati akibat wabak covid-19 mempunyai berbagai penyakit tiga serangkai dan mereka yang sembuh cepat adalah kerana mereka lebih sihat. InsyaAllah dengan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang dan riadah yang mencukupi akan membuat hidup ini lebih berkualiti.

Amalkan habit basuh tangan selalu.

Sebenarnya ini adalah amalan hygiene terbaik yang perlu kita amalkan. Notis tak bagaimana doktor akan menbasuh tangan mereka dengan sabun setiap kali selepas memeriksa anda? Amalan ini dapat menghindar penyakit mudah berjangkit seperti flu dan batuk.

Belajar memasak.

Skil memasak adalah satu skil yang senang dipelajari samada di Youtube atau dengan mempraktik buku masakan. Kemana anda dicampak, dengan skil memasak anda tidak akan kelaparan.

Learn to be alone and have hobbies.

Ramai orang tidak boleh hidup berseorangan tetapi PKP mengajar kita adalah tidak mustahil untuk menjadi seorang introvert, boleh mengasingkan diri dari orang ramai. Belajar how to keep ourself busy dengan membaca buku atau melakukan hobi berseorangan. Your body and mind is your home and you have to learn how to love it and live with it. Hayati kata-kata Plato, “The contemplation of beauty causes the soul to grow wings”.

Some jobs are more vulnerable than others. Have contigency plans for other works.

Mereka dalam industri aviation dan tourism paling terkesan semasa pandemik ini dan mengajar kita untuk mengadakan ‘backup dan contigency plan’ jika kita hilang pekerjaan.

Jangan berhutang.

Tidak perlu saya jelaskan lagi betapa pentingnya untuk mengurangkan hutang atau tidak berhutang langsung. Orang yang tiada hutang adalah orang terkaya dalam dunia ini.

Pilih Kerajaan yang caring pada rakyat bukan Kerajaan yang asyik nak cukai rakyat.

This goes without saying.

Wallahua’lam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.